Public Gold sasar capai 10 Juta pelanggan global menjelang 2030

Kuala Lumpur: Public Gold, syarikat perdagangan logam berharga terkemuka berpangkalan di Malaysia dan Indonesia menetapkan sasaran mencapai 10 juta pelanggan di seluruh dunia menjelang 2030.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Datuk Louis Ng berkata, sasaran itu didorong komitmen syarikat memperluas empayar emas secara mampan melalui pendidikan kewangan, inovasi teknologi dan kerjasama strategik merentas sempadan.

atanya, Public Gold ditubuhkan pada 2008 bermula dengan hanya satu lot kedai kecil di Bukit Jambul, Pulau Pinang, kini berkembang pesat dengan kehadiran di 19 lokasi seluruh Malaysia, dengan enam cawangan di Indonesia, satu di Singapura dan terbaharu di Dubai.

“Dalam tempoh setahun lalu, Public Gold mencatatkan pendapatan mencecah RM20.58 bilion, dengan hampir dua juta pelanggan berdaftar dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia,” katanya

social Media :
Dealer Public Gold Malaysia

Muhammad Hafiz Hakimi Bin Mohd Zuki